Archive for November, 2006

Wanita Lawa vs Wanita X Lawa

Sunday, November 5th, 2006

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh…

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya….
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring

macam-macam..

TANDA2 KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Sunday, November 5th, 2006

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Sunday, November 5th, 2006

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.
Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan

cuba

menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

kisah seram..

Sunday, November 5th, 2006

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul, dah la
ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan
perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.
Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,

Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!

Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow
motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah
nak
pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas
tu
tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah
lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang
sekali. Lepas dah duduk tu ?laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa
drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas
tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula
memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat?
menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han??
Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye,
takutnye, sadisnye, kejamnye !

"Tt?tolong?toolongg gg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh!

Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer
drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow
aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

Telor Rebus…

Sunday, November 5th, 2006

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak.Aku ni ada
satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahulah kenapa aku
suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya. Sebelum aku
kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam
asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak
sedap-sedap. .

So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus … Ceritanya bermula
begini, satu hari masa aku balik dari kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun tipon bini aku ……..katakan yg aku
balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun
singgah la satu kedai makan tu.. ada telur rebus lah.. akupun makan
nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus
untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah
aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama
tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba
cakap dia ada ’surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan
dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan
isteriku pesan jangan

cuba

buka ikatan yang menutup mataku. Aku pulak
terasa nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan ’surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler… Tetiba telefon
berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun
melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya…
bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal
tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan
lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan
kasi kurang sikit bau dia… bau telur tembelang… ………
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya
tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah..
aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan
lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT! !!!… fuhh lega… bergegar
sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power
gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku
sebut ‘ahhhh….lega. ..’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu
hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu
dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh
lupa ni. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan
mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling
meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?
jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. ‘dah
lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada sinis……. .
!! Dah lama…..Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!’.: sekian….
HABIH…..:.

Lawak Hari Ini: Laki Tak guna

Sunday, November 5th, 2006

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu
petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat
tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama
beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih
disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan
suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa
abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang
sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…"

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari
kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan,
ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi
jawatan kosong untuk abang…"

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.
"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita.
Tapi
bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang ….
ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang
kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini.
Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah
kuat…

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS
KAU SEKARANG!!